Monday, February 12, 2018

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) : 10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu!


Kehangatan AJL 32 sudahpun melabuhkan tirai dan kita sudah mengetahui bahawa lagu Jampi - Hael Husaini telah dinobatkan sebagai Juara Lagu edisi ke 32 sekaligus membawa wang tunai bernilai RM50,000 dan trofi. Sekalung tahniah diucapkan kepada Hael Husaini dan Ezra Kong. Di harap Hael terus menghasilkan lagu-lagu yang indah lagi selepas ini.

Untuk kali ini, bukan nak bercerita berkenaan siapa patut menang dan siapa sumbang pada malam anugerah tersebut. Tapi ku ingin berkongsi 10 fakta yang anda tidak tahu atau tidak dijangkakan.

1) Lebih Sempurna Syamel

Perasankah anda konsep kain terjurai dalam persembahan Syamel mirip dengan persembahan Adira untuk lagu Aku Ada Kamu dalam edisi AJL25.


AJL25

Hampir sama bukan? cuma membezakannya Adira duduk atas buai tapi Syamel atas podium. Tak akan Syamel nak duduk atas buai pulak.. Kau rasa? haha

2) Sofi Jikan

Tahukah anda ada seorang hamba Allah di dalam area axiata ini, menjerit nama Sofi Jikan semasa permulaan pembantu persembahan melontarkan katanya dalam persembahan Sejati.

Tapi macam sama laa kan? huhu

3) Syazwan Hassan

Iya bukan Syazwan Rahman tapi Syazuwan Hassan seorang pelakon baru meningkat naik turut sama membantu dalam persembahan Wany Hasrita. Sampaikan Sherry pun tergoda dengan ketampanan beliau.


4) Bayang

Perasankah anda persembahan pada malam tersebut rata-ratanya berasakan tirai dan bayang? walaupun bukan nyanyi lagu bayang. Antaranya yang menampilkan konsep bayang adalah:
 
Salma

Ara

Hael Husaini

Khai Bahar

Oleh itu, layaklah persembahan terbaik pada malam itu di menangi oleh Altimet kerana persembahan yang lain dan bersahaja membuatkan penonton terhibur.

5) Gayat

Tahukah anda penyanyi kecil molek Ernie Zakri takut pada ketinggian? semasa raptai pun ku dapat lihat Ernie begitu takut untuk turun. Memang tidak dapat dinafikan tangga tersebut tinggi malah beliau pakai kasut tumit tinggi lagi. Namun kerisauan dan ketakutannya berjaya dilindungi. Tahniah Ernie.



Terbukit tangan Ernie tidak lepas daripada genggaman pemegang tersebut.

6) Love

Tahukah anda sebenarnya konsep tangga dalam persembahan Aku Cinta itu ingin buat bentuk Love? Namun apabila kita dapat lihat bentuk itu tidak begitu dapat tapi ke"gah"an konsep itu nampak. Tapi sekali pandang macam bentuk lain kan? Korang rasa apa? Ku tak mahu cakap nak tahu sila pm. haha



7) Nur Sajat

Tahukah anda kelibat Nur Sajat mendapat sorakkan gemuruh 1 arena? Bila beliau bangun sahaja untuk berjalan ataupun kamera pancarkan ke wajahnya, sorakkan gemuruh diberikan. Jika dulu penampilan Ziana Zain no 2 menjadi tarikan untuk anugerah seperti ini, tapi kali ini Sajat pula.


8) Kanak-kanak Istimewa

Tahukah anda bahawasanya persembahan Haqiem Rusli yang menampilkan kanak-kanak pekak dalam persembahan beliau ini sudah dilakukan beberapa artis sebelum ini? antaranya adalah

Mila dalam Konsert AF 5 semasa menyanyikan lagu Aku Takkan Bersuara

Konsert Siti Nurhaliza dalam menyampaikan lagu Kau Kekasihku


Tapi kali ini Haqiem membawa kembali konsep itu di pentas AJL32.

9) Serasi

Perasankah anda sepanjang pengacaraan Sherry Alhadad dan Alif Satar mereka langsung tidak memegang que card? Iya ku alert tentang itu. Bukan sahaja semasa malam tersebut tetapi semasa raptai lagi mereka tidak memegang sebarang que card di tangan. 


Gadingan mereka membuahkan hasil. Rata-rata memuji pasangan tersebut kerana menghiburkan penonton di arena mahupun di rumah dengan idea-idea yang kreatif. Tahniah I'm Love It!


10) Tiada Promo 

Alhamdulilah kali ini rata-rata penonton tidak hilang fokus dengan dengan persembahan dengan penaja yang mahukan "inter frame" produk mereka. Penonton lebih selesa dan tenang. Walaupun penaja Samsung dan Nivea menjadi penaja utama tetapi tidak show off. Syabas diucapkan produksi TV3!



1 comment:

Hans Hanis said...

bentuk love tu macam bentuk mangkuk tandas pun ada..hehehe

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com