Nama pelantun Misha Omar, 34 tidak asing lagi dalam dunia industri hiburan tanah air. Setelah tahun lepas Misha meraih kejayaan tempat ke-2 dalam Anugerah Juara Lagu 31 bersama Hafiz Suip dengan membawa lagu Terimaku Seadanya.
Kini untuk tahun 2018, Misha kembali mewarnai industri hiburan setelah beberapa lama menyepi akibat mengalami masalah kehilangan suara selama 6 bulan yang lalu.
Misha Omar diberi kepercayaan untuk menjadi mentor dalam rancangan program rialiti TV3 Mentor Otai. Selain Misha Omar, Zarul Umbrella, Siti Sarah dan Tam Spider turut menjadi sebagai mentor. Sebanyak dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor akan berentap merebut gelaran juara Mentor Otai. Mentor Otai akan dijangka akan menemui penonton bulan Mac ini.
sumber dari Mstar
Selain menjadi mentor di TV3, Misha tidak duduk diam. Malah Misha diberi kepercayaan menjadi pengacara dalam program rialiti di TV2 Bintang RTM 2018. Misha Omar akan berganding bahu bersama teman seangkatannya iaitu Aqasha. Bintang RTM 2018 bakal menemui penonton pada 3 Febuari 2018, Sabtu jam 8.30 malam di TV2.
Kerjaya seni Samiha @ Aishah bt Omar atau lebih dikenali Misha Omar, dimeriahkan lagi dengan single terbarunya yang bakal menemui peminat pada bulan Mac ini juga. Melalui laman instragram miliknya telah mendedahkan sedikit intro dan corus lagu Sampai Bila ciptaan daripada Sharon Paul dan lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri. Diharap lagu terbaru itu, terus mendapat perhatian ramai sekaligus terus ke AJL 33 akan datang kerana kerinduan kepada penyanyi legend seperti Misha Omar, Liza Hanim, Nora, Ziana Zain beraksi di pentas itu.
Diharap rencana seni Misha Omar terus berkembang maju pada 2018.
Tweet |
No comments:
Post a Comment