Wednesday, August 15, 2012

FUUUYOOO... SAMPUL RAYA!

Tidak sampai 5 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya.. InsyAllah.. So apa persiapan anda semua? baju sudah siap? kuih da beli? langsir sudah tukar? perabot sudah beli? ahaa tapi untuk entri kali ini bukan nak cakap benda itu tapi nak cakap pasal Sampul Raya.. Memang menjadi kelaziman di hari raya kita akan memberikan duit raya pada anak-anak kecil kan? 

Dulu masa ku dapat duit raya first sekali ku akan tengok sampul raya dia.. ada yang cantik ku akan simpan yang buruk ku akan koyakkan.. haha tapi selalunya sampul raya yang cantik dalam dia pun cantik isi dia.. hehe

Untuk tahun ini ku ada beberapa sampul raya untuk di kongsi bersama anda.. Ada yang ku dapat daripada office, kakak ku, pusat membeli belah dan orang bagi.. Ada design menarik dan ada juga design yang sendu.. huhu


Ini sampul raya daripada pihak Heitech Padu tempat ku bekerja.. So far ku rasa cantik sebab warna-warni


Sampul raya di team JPJ untuk sistem baru MySIKAP.. Oren menjadi tema


Ini sampul daripada Maybank.. Yang warna kuning itu tahun lepas punya tahun ini warna hijau agak sendu sikit design dia.. sori Maybank


CIMB group punya sampul ku pinjam gambar ini daripada rakan baik ku sendiri.. CIMB punya pun biasa-biasa sahaja kan?


Sampul daripada Maxis.. Hijau jugak ermm korang rasa cantik ke?


Sampul raya daripada Ariani.. Yess warna yang di ketengahkan agak menarik dan ceria kan?


Dan akhir sekali sampul raya daripada SOGO.. setelah banyak berbelanja di Sogo kenalah pau sampul kan? 
Mengetengahkan corak batik kan? not bad 


So mari kita packing duit raya.. yeah!! haha sejujurnya tahun ini tahun pertama ku akan memberikan kepada orang-orang istimewa.. Alhamdulilah rezeki lebih apa salahnya dikongsikan bersama di samping kita berzakat kan? siapa "orang istimewa" itu? ahaa biarlah rahsia.. huhu





bisik buzz: duit raya tahun ini je ku sudah habiskan kira-kira RM800 >.<

SALAM FUUUYOOO~
















17 comments:

Aien Not Alien said...

tengok sampul cantik..isi pun kenalah cantik wan. hehe.


selamat hari raya :)

Shila said...

yg cimb tu cntik..!

sbb ade kilat2.. haha..

psst: mintak duit raya tuan rumah..!

DanieL AdiE said...

Wan..sedekahkan sedikit sampul kat adie..

xde ni..huwaa...

syuwai said...

fuuuyooooooo... hehe
bnyknya sampul :)

Unknown said...

agak2 patik bole dpt x dri wan fuyooo???

Aida Azryn said...

nak duit raya leh? haha

pipoq said...

fuuyooo..uncle wan, nak dua..hahaha

Hans Hanis said...

ku dapat 1 jer
dari Bank Islam
hahaha

::BudakaCamaTa:: said...

maxis pny sampul last year pny better dari dis year...dis year tak cantik sgt...last year kraetif..

dyna syamsuri said...

Lawa-lawa lah!.

dapat gak sampul free. Sekarang macam susah dapt free ah sampul. dapat pun sukit jeeeeee.

Hafizin Jamil said...

haha..dah kerja kena duit raya pula kan??hehe

Unknown said...

cantik!masukkan rm10 dlm sampul n postkan kat saya!eh! hahaha
selamat hari raya!

Hizami Li said...

macam2 sampul!
entri yg sangat menarik!
syabas wan!
:D

vendoline said...

wah banyak kad raya..nak duit aye.hehe

YattAkasah said...

untung lah..haha..mai sini duet raya..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ya ampun, banyaknya sampul. taknk kirim untuk fifi ke satu sampul???

aDfeez said...

nk offer diri tuk jadi penerima duiit raya blh x? hahahaha :P

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com