Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Selamat Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ku ucapkan buat kaki-kaki blogger dan juga para peminat ku cewah.. Kita 0-0 k.. Seperti tahun-tahun sebelumnya ku akan beraya di kampung ku iaitu KL sahaja.. sedihkan? almaklumla tak ada kampung huhu..Tapi yang bestnya tahun ini semua keluarga sebelah bondaku berkumpul di rumah ku.. Sebab apa best? sebabnya hanya sekali penat je masak hanya nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, rendang, lemang, ketupat, lontong, palas,kek etc..Tak macam sebelum ini, setiap kali meka datang kena masak sampai tak tahu menu apa nak dimasaknya.. haha
Bercerita mengenai hari raya apa warna teman baju raya anda di hari raya pertama erk? ada tak sama macam saya? Kuning? yeahh sama sep sep sep.. kehkeh
memilih untuk berbaju melayu versi Johor pada tahun ini..
kain from Jakel, Jahitan from Terence Tailoring
Perancangan memakai kuning bukanlah disebabkan parti Bersih ok dan jugak bukan part birthday Ziana Zain tu ok tapi memang sudah termaktub 6 bulan sebelum raya lagi ok..
Terimalah posing-posing raya dari ku sapa tak suka pejamkan mata sahaja ok..
Ini pula ku bersama hero dan heroin tercinta
Meka inilah yang selalu mengembirakan, membahagiakan, memperhabiskan dan menyakitkan hati ku.. haha acu sayang anda~~
keluarga En Ab Rahman (tidak termasuk kakak ku)
Nenekda tercinta
sibling yg masih bujang dan single
pria terhebat~
Uda & Dara
Akhir kata ku ingin menyusun 10 jari sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran dan terkasar bahasa ku sepanjang penulisan ku di blog ini.. Selamat Hari Raya kepada anda semua..
bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman
SALAM FUUUYOOO RAYA~
Tweet |
11 comments:
salam aidilfitri...wah...hensemnya wan...pakai baju raye stail johor...mehla singgah blog sy...www.cfuad.blogspot.com...sy dh follow wan...
bila la agaknya encik wan kita ni nak berposing berdua ye ?
selamat hari raya untuk wan sekeluarga..
Kelas gambar yang last!
Selamat hari Raya Wan...
pic last baju pmpn tu mcm baju kawen
kaler kuning nampak naik la wan..
nice..
kain pun jakel kau..
kelas..
kain jenis ape eh..? nnmpk cntik..
psst: duit raya bang..?
tertarik ngan gambar yg last!! woot3!!! hahaha..selamat hari raya wan...
wahhhhhhhhhh.. dah ada twitter sekarang? hoho. dah follow dah! ^^
amboi.
kachak betei abam.
nak num pon boleh?hiks
dato siti da buat open house "dato" wan bila lagi?hehe
siap gantung kat lampu.heheeeh lighting cntik
Post a Comment