Monday, February 28, 2011

FUUUYOOO... 5 TAHUN YANG HANGAT!




Alhamdulilah sudah 5 tahun Hot FM yang pastinya Lebih Hangat Daripada Biasa.. Ku antara berjuta-juta orang yang menjadi pendengar setia Hot fm.. Tak tahulah pulak anda kan.. Mesti ada yang layan Era, Sinar, Suria, Hitz dan macam-macamlah ada pula tu tak mahu dengar radio masuk kereta terus pasang CD..haha terpulanglah..


Yang penting apa ku nak kongsikan ku suka Hot fm.. Dari mula-mula di tubuhkan lagi ku mengikutinya.. Di kesempatan ini ku ingin mengimbas kembali memori ku bersama Hot fm.. Banyak kenangan manis ku bersama Hot fm antaranya..


Ku pernah menelifon Hot fm ketika itu beberapa hari lagi nak Raya Aidilfitri.. Masa itu Faizal Ismail jaga konti dia buat segmen nyanyi lagu raya.. Ku call dan ku nyanyi lagu Indah Di Hari Raya- Ziana Zain tetaplah kan.. haha yang penting diakhir jam Faizal akan umumkan siapa paling hangat dalam nyanyianya.. Dan sudah tentulah ku yang paling hangat nyanyi lagu raya..haha siap dia ulang lagi malu kot.. haha


Pada tahun 2009 juga, Hot fm ada buat peraduan Telematch Am Krew vs Jawa Ranges sesiapa yang menang, Hot fm akan membawa pendengar itu ke Hot fm Big Jam di Danga Bay, Jb semua akan disponser.. Pada mulanya ku suka-suka suki je isi borang tiba-tiba di panggil ku menganggotai kumpulan Am Krew.. Ingin tahu cerita selanjutnya sila klik link ini.. Telematch (sori entri masa ini tak berapa baik sangat)




Alhamduliah kami dapat pergi Hot fm Big Jam 2009.. Memang syok.. Duduk hotel 1 bilik 2 orang bayangkan sebelah bilik Bunkface, depan bilik ku Stacy.. FUUUYOOO memang tak tido lena malam tu ku katanya... haha.. Ini pula ku berikan link sepanjang Hotfm Big Jam di Danga Bay berlangsung..




Pada 2010 juga ku rasa amat bertuah kerana ku sekali lagi mendapat jemputan daripada Hot fm untuk menyaksikan Konsert Melodi Cinta Rossa di Stadium Bukit Jalil.. Memang FUUUYOOO lah..


Selang beberapa bulan kemudian, ku antara yang bertuah kerana Hot fm memberikan ku tiket menonton Cuci The Musical 2 di Istana Budaya.. Terbaiklah


Hot fm juga memberi peluang kepada ku untuk sama-sama menonton perlawan separuh akhir dan akhir acara Piala Thomas di Bukit Jalil.. Tapi masa itu ku hanya pergi semasa separuh akhir je sebab Malaysia kalah kan di peringkat separuh akhir menentang China.. huhu


Ku rasa setakat itu sahaja hadiah daripada Hot fm yang ku pernah dapat.. Seiyes akan ku ingat sampai bila-bila.. Ku tahu entah-entah korang lagi banyak menang kan? Baguslah.. Ku buat entri ini sempena 5 tahun Hot fm.. Mengimbas kisah memori ku bersama Hot fm sepanjang 5 tahun katanya.. hehe.. Untuk tahun 2011 ku masih tidak berpeluang lagi untuk menang apa-apa.. hahahah.. InsyAllah ada peluang dan rezeki tak ke mana kan.. Tapi itu tak penting, yang penting Hot fm Lebih Hangat Daripada Biasa...


Kini sudah Hot fm sudah 5 tahun bertahta di hati peminat.. Suatu ketika dulu Fiq pernah menjadi penyampai Hot fm tapi tidak lama, setelah itu Azura diikuti Tini dan Anne.. Kini di ganti pula penyampai baru Chad denga Denn.. Ku mengharap Hot fm terus maju dan terus FUUUYOOO.. Akhir kata Selamat Ulang Tahun Ke 5 Hotfm...




bisik buzz: Ingat lagi suatu ketika dahulu radio THR setiap malam sabtu ada sesi luahan hati artis paling best sesi Chef Wan meluahkan perasaan tidak suka anaknya dijodohkan dengan Allahyarham Hani Mohsin, sesi karaoke bersama radio RTM kot best layan gak, suatu ketika dulu ku sangat meminati suara dan telatah Dj Prema dari RTM..


SALAM FUUUYOOO~





28 comments:

Qarl said...

haha

i hanya suke n layan ERA & SURIA

aDfeez said...

FUYOOOO wan...

suka kan pegi event2 mcm nie??? hehehe...

lain kali amik la video fafau upload kannnnnn :P

MR. SYAH said...

suka dgr era dan hot fm.. xpernah join apa2 kontest pun.. fuh best betul mr.wan..

ABSOLUTE said...

fuyooo, bnyk sejarah dgn hotfm eh.
dengar radio RTM la sempoi. hahaha

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Waaaahhhh.. Dah macam artis dah sekali imbas nengok gambar.. Dua kali imbas macam diva tau.. :p

Azmer Lias said...

wow
mmg pendengar setia Hot...

Unknown said...

dgr hot yg panggilan hanget jeeeee..

Budu Masin said...

hangat...
jemput ke blog web hosting aku...
www.budumasin.com

SyahmiFikri said...

pergh! patot la entry kipas2 nie..

penuh ngan kemenangn rupanya!

superb la.. ko pon dah macam pseudo artis!

Faizal Sulaiman said...

perghhhhhh

memang wan ni kaki event!

terbaik la!!

SUHAIDA said...

alamak..akak layan era jer..hihi

::FAIZ:: said...

bestnya wan

Asyraf Arif said...

jarang dah dgr radio. tapi HOT memang best !

khairul akmal bin azman said...

ktner de artis.de wan
ish3<>>...
(jeles2)

Fariehan Ibrahim said...

fuuuyooo, terbaik wokkk! ^^
wan mmg aktif er event camnie, cayalh! niceee~~

niesz said...

hehehe..mantp lorh!5 tahun dah kan..

Nurul Afiqah said...

waoahhh! semua event yg Mr.Syazwan dpt best2!

mye said...

wow..cmtu skali mr.syazwan fanatik gan hot fm..
hehe..
slamat maju jaya kpd hot fm..

noa said...

waaa gile ar ko

apelagi p ar mitak keje kat hotfm
pastu nanti klau ko dh glamer ko jgn lupa kan aku tau

EIPUL said...

untung ko macam2 dapat dari hotfm, haha, aku tak penah dapat apa2 pun, jumpa FBI ngan fafau live tu je la kot, huhu

Liquid said...

perghh gile banyak hot fm jemput lu, lenkali ajak la wa skali k k k hee

dyna syamsuri said...

lucky man,,oyeahhhhh
asyik hot fm ajak ang ja,,,
ang rasuah depa ya soh pilih ang????hahhahaha

pape pon tahniahhh yaw

mie said...

gue jarang mendengar radio..
eheheee

kindergartenlibrary said...

5 tahun dah ?
lebih hangat daripada biasa .

pipoq said...

mungkinkah selepas ni suara DJ Syazwan pulak akan berkumandang kat Hot.FM tu ? pastikan trade mark "FUUUYOOO" tu akan ku dengar setiap kali syazwan ke udara okay ?

Anonymous said...

suka gak Hot.fm.... dulu dgr era..tp hot.fm ok lg

miss lolly a.k.a luvfareda said...

lagi suke era fm lah kanda =P

Unknown said...

peminat hot fm nie! :)

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com