Monday, February 21, 2011

FUUUYOOO.. TERIMA KASIH CINTA MANTAP!

Sabtu malam, 19.02. 2011 tarikh percintaan ku di Istana Budaya untuk sama-sama merasakan kisah 5 Cinta antara Cinta antara cucu dan datuk, Cinta seorang suami terhadap isteri dan anak, Cinta kakak dan adik, Cinta yang dipermainkan dan Cinta tanpa keikhlasan...


Teater Muzikal Terima Kasih Cinta di bawah kelolaan pengarah dan dalam masa yang sama pereka tari iaitu Pat Ibrahim..

"Sorry muka agak kusam sedikit sebab tak cukup tido dan penat sedikit sorry ye.. And by the way please inform to ur friends about this theater yeah.." antara dialong yang sempat ku ingat lagi.. hehe

Terima Kasih Syed Hafizuddin untuk teater muzikal Terima Kasih Cinta..



Sedikit ulasan mengenai pelakon utama dalam Terima Kasih Cinta yang boleh ku katakan:


Rubiah-Safura

Seorang wanita yang cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya lalu bertemu dengan seseorang yang dianggap sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubati kesepian.. Lakonan Safura memang terbaik malah nyanyian dia amat mantap sekali terubat kerinduan ku mendengar nyanyiannya secara live.. - Mengasyikkan!


Cikgu Ilyas-Latif Ibrahim

Seorang cikgu dan datuk kepada Amin malah dia menghidapi penyakit enzimer.. Gayanya yang neutral di atas pentas membuatkan ku dan para penonton terhibur dengan aksi lakonannya.. Malah nyanyiannya amat mengagumkan sekali.. - Mempersonakan!


Amin-Diddy

Cinta cucu kepada datuknya Cikgu Ilyas amat mendalam sekali.. Tabah menjaga datuknya sehingga datuknya menemui cinta.. Diddy pandai bermain watak seorang cucu dan nyayian dia juga ok.. - Menghiburkan!


Airin-Norish Karman

Lakonan asal Rita Rudaini dalam filem Cinta yang mengalami kemusnahan cinta antara suami isteri. Seorang wanita yang selalu ditinggalkan oleh suaminya. Boleh ku katakan ini adalah watak paling berat dalam teater ini. Karakter dan dialong yang dibawa oleh Norish lebih ke arah meluahkan perasaan ketidakpuasan hati.. Pembawakan watak Norsih berjaya.. Jangan kata Norish je boleh menagis sampai keluar air mata, ku yang duduk pun sebak mujur tak menitis air mata.. Kalau menagis malu sebab sebelah ku awek cun kot.. huhu.. Norish hanya menyanyikan sebuah lagu saja walaupun sudah terbukti dia pernah membawa pulang pingat emas kategori Vokal Pop dalam pertandingan World Champianship of Performing Arts ke-10 di Hollywood Los Angeles.. - Mengagumkan!


Haris-Tony

Seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.. Baginya keluarga adalah segala-galanya.. Lakonan Tony menarik dan suaranya pun sedap di dengar.. - Mantap!


Dian-Deja Moss

Seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan cintanya kepada seorang adiknya sendiri.. Mengorbankan hidupnya sebagai donation untuk merawat adiknya yang mengalami sakit buah pinggang.. Lakonan Deja Moss ok pembawakkan watak Dian membuatkan Deja menitiskan air mata dengan sendirinya.. Nyanyian Deja ok cuma lagu Selanjur Bercinta dia terlebih sikit tak selari dengan Nadia.. Tapi overall bagus! Still tidak bohsan.. - Membanggakan!


Dani-Anding

Dani adik kepada Dian yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan.. Lakonan dia ok.. Ada juga part perbualan antara Anding dengan Deja kedengaran sleng Sarawak tapi mereka pandai controlnya.. Nyanyian Anding kena improve lagi dari segi energynya sebab kelihatan pancit sedikit.. InsyAllah berbekal dalam 16 hari lagi Anding pasti boleh.. Menghiburkan!


Arianna- Nadia Aqila

Seorang wanita yang jujur mengejar cintanya yang hanyalah bayangan sahaja.. Arianna sanggup mengadaikan maruah dengan janji manis seorang lelaki hingga dia terlupa cinta yang ada di depan mata.. Lakonan Nadia usah di pertikaikan lagi yang menarik perhatian ku nyanyinya buat ku kagum.. Sedap suaranya seiyes! - Menyerlah!


Taufiq- Vince

Wataknya yang skema mencuit hati ku..Berkawan kepada Arianna malah menaruh perasaan cinta pada Arinna tetapi sukar untuk diluahkan.. Lakonannya ok. Nyanyianya usah disangkalkan lagi.. Yang penting Vince nampak gemuk.. haha - Menghiburkan!


Azura-Faradhiya

Bekerja di kedai buku.. Cinta dengan kerjayanya.. Lakonan Faradhiya best nampak sweet gila dia di atas pentas.. Nyanyian dia sudah tentunya best.. - Mantap!


Azlan-Shajiry Damery

Azlan seorang hartawan yang memiliki segalanya tetapi bukan cinta. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta.. Lakonan dia best banyak unsur-unsur lawak dia terapkan.. Cuma nyanyian dia ada sedikit pancit.. InsyAllah dia boleh memperbaiki.. - Menghiburkan!


Pentas:



Menggunakan konsep kiub di atas pentas yang mengandungi 6 kotak mewakili 5 cerita cinta.. Ditingkat atas, setiap ruang dipenuhi pelbagai aksi lakon, koreografi dan nyanyian.. Kadang-kala ku rasa risau juga sebab pentas itu bergoyang-goyang masa mereka menari takut-takut tumbang ke kan.. haha



Konsep kiub ini membuatkan ku teringat Konsert 1 Suara Dato Siti Nurhaliza di IB suatu ketika dahulu semasa menyanyikan lagu Pendirianku.. No wonder la dulu pun Pat jugak kan.. haha


Overall:

Mantap. Menghiburkan. Mengasyikkan. Mempersonakan. Membanggakan. Menyerlah. Mengagumkan & FUUUYOOO..



Apa Tunggu Lagi! ::



Sesiapa ingin menyaksikan Terima Kasih Cinta apa tunggu lagi cepat membuat tempahan secara online di www.ticket2u.biz.. Tiket dijual pada harga RM30 - RM250.. Pesanan ku beli tiket RM 30 duduk atas pun tak apa nampak juga sebab mereka guna kuib ini yang tinggi so lagi best duduk atas kalau duduk bawah bukan tak best.. Best jugak tapi jadi macam ku kena mendonggak sikit haha..




bisik buzz: sayang tidak bermaksud CINTA. suka tidak serasi pada CINTA. kagum tidak bererti CINTA. bangga tidak semestinya CINTA.. CINTA adalah C.I.N.T.A



SALAM FUUUYOOO CINTA~





35 comments:

Qarl said...

like your write-up!

nice

kindergartenlibrary said...

meriahnya !!

YattAkasah said...

wah!

menarik...

SyahmiFikri said...

superb preview!!

sorg2 plak pelakon ko komen! bla nak bawak aku g tgok teater nie.. hahaa

hysman said...

tak pernah tengok teater bro..

satu hari nnt mcm ade hati nk tgk tetaer..insyaAllah...

papepun, cinta kpd 5 mostly important...:)

DanieL AdiE said...

NAK SGT G TGK!!!!!

epol said...

walopon aku tak tgk teater..tapi secara tak lansung aku follow plak blog anda..fuyooo

SHAJIRY said...

Thanks for the review Wan.. LOVE IT!!

Faizal Sulaiman said...

wohhh

nak tgk jugalah nanti kalau berkesempatan!

nice review, wan!

Unknown said...

wohoho...patot pon ko cakap aku takley jadi model..ko ni artis ghupenye..ahaha..

EIPUL said...

wah macam best cite ni, kalo sempat aku nak g tgk, aah aku tgk pentas tu macam tak berapa kukuh plak, haha

::FAIZ:: said...

Suka tgk Safura pakai Tudung

Fariehan Ibrahim said...

nice review lh. thumbs up!
mmg terasa nk p tgk. ^^

Biela Sapine said...

macam menarik je, dalam 5 bintang bagi berapa ?

apezs shah said...

wah wah wahhhh mcm best je..
gilerh pandai dia bercerita ulasan ni.. bagus2..

SUHAIDA said...

teringin jgk nk pi..tp xkesampaian lg..hii

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hamboiiiii.. Berchenta chenta ler kanda yerkkkkkk.. :p

Pat Ibrahim kacak.. Ngee.. :D

Lea Isnawi said...

Fuyoooo...
pening bace ayat kat bawah tu

Noor Fatin said...

wow. mesti bestt!

aDfeez said...

suka ayt wan yg bwh sekali tu... puitis sgt.. pnjam blh x? :P

Pojiepooh Abdullah said...

thanks for the review. tak sia2 beli tiket rm150 utk tengok teater nih nanti

PojiePooh; Hanya Satu...

man yusoef said...

serius teringin nak tengok teater..cam best je

Fie Omar said...

bestnya!!

sk part dorg nyanyi ms dinner tu..merembang seyh

mie said...

wow!!
xajak gue pun..
eheheee

Nurul Afiqah said...

bestnyerrr teater nie! i hope one day saye dapat pegi!

Raden said...

peehh..teater!
aku budak kampung je weh..slebet gile la aku nie. segan dowh nk g teater

amier azrul alias said...

wah!dh tgk?
cptnye?
huhu

Liquid said...

blanje incek liquid tgk leh ...

Nor Moscow said...

nasib baik tak berapa interesting nengok teater..

untungnya adik dah dpt tengok org femes scr live kat situ..

JuAn NaSir said...

jeless sehhh!! nak tgok jugak...hmmm

pipoq said...

rajin encik wan tengok teater ye..

Unknown said...

bestnyerrr..da lme tak tgk teater !!!

ika said...

erm , teringin nk tgk !

Unknown said...

uish bestnya dpt tgk teater,
cw jugaklah x berkesempatan nak pi tgk sbb dok jauh...

huk huk huk

ellejay.liyanajais said...

sangat bersetuju dgn saudara. mereka hebat hebat belaka!!!

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com