Thursday, January 13, 2011

FUUUYOOO.. KHURAFAT PASTI ANDA KECUT, GUGUR, SERAM & GERUN..


Kesempatan ku menonton preview filem Khurafat di Party Budiey.com tajaan oleh Skop Production dan Grand Brilliance sabtu lepas memang menjadi peluang keemasan kot.. ku tak mahu cerita pasal sinopsisnya pasti anda boleh cari di web lain la kan.. tapi ku mahu ulas mengenai...

Sekali Imbas:

Tidak dinafikan filem seram pertama arahan pengarah muda, Syamsul Yusof ini sangat menyeramkan! seiyes!.. Filem seram yang mengisahkan perjanjian terlarang serta persengkolan antara manusia yang ditionjolkan ini menggunakan teknik kesan bunyi yang berbeza dan sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung dan gugur semua bulu-bulu yang ada kot..


Ulasan Penuh:

Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan sebagainya, namun kini anda pasti terkejut dan berpuas hati dengan percubaan pertamanya mengarahkan filem seram..


Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik dan ter FUUUYOOO kerana dalam filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi, pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada cerita hantu melayu lain.. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen... arhh takut!


Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat, panggung sentiasa bingit dengan jeritan sumbang ketakutan penonton.. Bayangkanlah sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang diperoleh... Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak menonton filem ini...ingat tu tapi lelaki "mengandung" boleh tengok.. haha


Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini.. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan.. Tidak perlu adegan seksi melampau tayang buah dada sana-sini, tunjuk lurah dendam atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.. Syabas bebeh!


Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.. oleh itu di nasihatakan supaya yang akan menonton nanti sila beri tumpuan pada babak awal dan akhir cerita ini ok..


Ulasan Lakonan:


Dari segi lakonan, Syamsul masih lagi berada ditahap common dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan tidak ada banyak bezanya.. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.. tapi overall Syamsul OK..


Lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja.. Cuma dia berpenampilan berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul.. Dalam usianya, bagi ku dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang isteri.. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang boleh dilakukan dalam filem ini..


Antara pelakon yang patut dipuji adalah Sabrina Ali.. Dia yang membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan berkesan.. Ku boleh katakan watak Sabrina Ali sangat menonjol dan berkesan kepada penonton. watak je menonjol bukan "benda" tu yang tertonjol ingat tu..huhu.. mana tahu rezeki dia menang pelakon pembantu wanita terbaik untuk filem ini bagi tahun ini kan..


Scene tak boleh dilupakan:

Scene yang seram yang jarang filem melayu seram tonjolkan antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah hutan waktu malam memang mengerunkan kot.. gugur bulu ku tengok...

Selain itu, sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan dalam peti mayat.. aiyoo taubat tak mahu kalau di suruh buat macam tu masa dikala hidup ini.. Antara lain, Sabrina menoreh atau kelar tangan dia.. FUUUYOOO dahsyat kot.. mengeletek mata ku tengok..huhu


Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi stunt dalam filemnya... Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung bersama pemandu dan jenazah... Terbaik Dari Ladanglah..


Saksikan kelainan filem seram arahan Syamsul Yusof ini telah berada di seluruh pawagam bermula 13 Januari 2011 Hari Ini! pasti anda Kecut, Gugur, Seram & Gerun..

*4.5/5 BINTANG

bisik buzz: boleh melihat cerita seram dengan selamba je janji kena tutup telinga..

SALAM FUUUYOOO~






19 comments:

Hizami Li said...

haha.
tagline tak boleh belah.
kecut gugur?
adeh.
=.=

Blog Eazy Izzuddin said...

boleh lah tgk
hehe
tapi kena bwk teman lah :P
utk peluk2 kalo takut
hehe

hysman said...

biler bace post ni mcm terasa nk gi plak..
igt malas nk tgok.. iyelah igt same cam cite antu amad idham..
jom!!
huhu

ijat_asni said...

tggu kuar kat ABO je la
boleh ?

Luqman Zakaria said...

scary lah! xmao tgk! muahahah :P

BW lah ke ke blog arep!
ade entry baru

http://myamigosspace.blogspot.com/2011/01/gelabah-ayam.html

Faizal Sulaiman said...

mcm nak tgk, tapi takut over the expectation.

apezs shah said...

salam

really ke? Wah kalau macamtu nak pergi tgk la...;) thanks info ini.

mie said...

gue pun dah layan...
dlm panggung bunyi jeritan saja..

Biela Sapine said...

Syamsul tuu hansome woo. haha
Seram sangat takk ?? takutt pulak nak pergi tengok

AYIE said...

alaa nk g tgk gak la..
btul best ek? antu die lain dri yg lain ek? bkn antu2 biase.. balik2 antu rmbut pnjg pkai putih.. b0san2~
stuju liyana jasmay x seswai pgang wtak istri.. hu3
i loikeee syamsul~

SUHAIDA said...

heee.takut ..xberani lah

niesz said...

nk tgk tp niesz ni penakut..haha,,

noa said...

comey nye LJ, suka ar style dia
(tetiba lari tajuk)

::FAIZ:: said...

nak tgk nak tgk nak tgk

syuwai said...

wah~..thanks 4 the inf0..

nak neng0k tu crita,,hee~

pipoq said...

adoii...abis togel dah encik wan fuuuyooo kita ni..

tak payah nak guna mak andam cabut cabut bulu..tengok je kurafat mesti boleh togel..

Aleen Aiden said...

comelnye liyana jasmay kat gamba tu!hu3

SyahmiFikri said...

hahaha..

wah2 apasal aku tak tergerak hati nak tgok citer nie..

muahahah

dyna syamsuri said...

aduii,, nak sgt tgkkk..
bile free nihh

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com