Monday, January 03, 2011

FUUUYOOO... REALITI SEBUAH KEHIDUPAN...

Ramai hari ini memulakan kembali bekerja, kembali ke sekolah, kembali ke universiti untuk tahun 2011 kan tapi ku kembali ke mana??? kembali ke rumah ok tak?? haha.. al maklumlah baru saja tamatkan status ijazah ini so duduk rumah gentel apa yang patutla kan?? nak join?? hahahaha..


Alhamdulilah setelah sekian lama ku tunggu saat-saat ini iaitu habis belajar.. ku da pitam tengok buku bermula umur 6 tahun sampai umur 22 tak henti-henti belajar (wah nada macam ulut buku je ku ni kan?? haktuih!)


Mana taknya dari sekolah tadika Agama (tadika agama ok!) ke Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang (sekolah P.Ramlee berlakon cerita masam-masam manis), ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (sekolah artis orang katalah macam Abby, Lan Kristal, Ijoy (suami Shahirah), Ana Raffali, Ani Mayuni dll tapi ada apa dengan mereka tu?? ish2), sambung pulak ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (ambil jurusan account ) dan beralih pulak ke Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam (ambil ijazah jurusan pengurusan)..


aha tengoklah.. tak kesian ke?? sampai naik beruban da rambutku tengok buku..hoho.. tapi ku sedikit pun tak mengeluh ok ku sukakan berlajar sehingga kini dan jalan ini yang ku pilih.. Alhamdulilah perjalanan pembelajaran ku lancar dan menyeronokkan walaupun kadangkala ada kedukaan di pertengahannya..huhuhu




Kini ku rasa mahu ke bidang dunia pekerjaan pulak.. mahu cari duit sendiri walaupun sebelum ini ku joli sakan dengan duit JPA kan.. tapi tak feel sangat macam duit yang kita cari sendiri lagi best kot!.. walaupun ku tahu lagi mencabar dalam dunia pekerjaan ini.. InsyAllah ku sedang gigih mencari kerja yang sesuai.. kalau korang ada kerja-kerja yang best roger-rogerlah k.. (nada menagih simpati)


Master??? InsyAllah jika ada rezeki dan peluang ku akan sambung bergantung pada peluang yang datang macam mana.. ramai cakap dekat ku "wei ko sambung Master lah wei umur ko muda lagi" ku tahu itu tapi ku mahu mencari pengalaman bekerja dulu nak merasa suasana kerja macam mana walaupun ku sudah practikal tapi suasana dia berbezakan..


apa-apa pun ku hanya mendoakan yang terbaik untuk diriku.. InsyAllah ada kerja yang baik ku rembat, apa peluang sambung Master insyAllah ku kaut, ada peluang ku kahwin dengan anak dara orang insyAllah ku berjimak sakan (gilo ko tak nak kahwin dengan gadis montok) (^_^)


akhir kata ku mahu ucapkan Selamat Kembali ke Sekolah/Universiti/Bekerja.. buatlah sesuatu itu dengan nawaitu kerana Allah Taala.. InsyAllah dengan keberkatan dan kerahmatan-Nya akan dapat yang baik-baik belaka.. (wahh korang tak rasa pelik ke ku cakap macam ni??) haha tapi inilah sebenarnya Realiti Sebuah Kehidupan...


SALAM FUUUYOOO~



15 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

JELES!!!!! Nak dok umah jugekkkkkkk.. :p

Poyo jek header kanda tu.. Nak tayang muke kacak hemsem ler tuuuu.. Kannnnnnnn.. :p

Faizal Sulaiman said...

kan.

cepat cari keje wan!

bawang merah said...

amik senirik ek surat ni?

EIPUL said...

bestnye!!!!
aku lagi satu sem nak abes, adoi, tak larat dah

SUHAIDA said...

wow! best!
dik..besday kita sama ek..20 january kan?

Hizami Li said...

haha.
tahniah2.
aku lagi satu sem.
;)

Unknown said...

fuyooooo..best la da ada degree..hee~

SUHAIDA said...

NNTI BOLEH LAH SAMBUT SAME2..HIHI..TIME BESDAY KITE CUTI THAIPUSAM..HIHI..
ADIK BELANJA LA..GURAU JE

mr.syazwan said...

farhana

haha poyo ke toyol ke xpe janji FUUUYOO lalala

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
faizal

yeah! insyALLAH...
=_=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bawang

yup! kat pjbt menara..
=_=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eipul

sob2 ye
hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sue

Fuuuyoooo sama lah! hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hizami

haha tahniah2..
selamat dunia practical anda
=_=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
finaz

alhamdulilah..
=_=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sue

adehh x keje mana ada duit.. hohoh

pipoq said...

fuuuyooo..tak ble bla tul ayat nak berjimak sakan ko tu wan..cover la sket..hahahaha..

pipoq said...

fuuuyooo..tak ble bla tul ayat nak berjimak sakan ko tu wan..cover la sket..hahahaha..

Wan Gerrard said...

tahniah bro ^_^

!annomorad! said...

realiti seterusnya.....jadik penganggur! i folow u

noa said...

pelik aku rasa pelik nih

ni betul ke ko yg tulis ni?? cam tak caye je

Oasis said...

fuyyo0oo...tahniah bro. begitu cemerlang

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com