Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta membuat pemilik nama NURSYZWANI BT SELAMAT – 23 TAHUN atau lebih mesra dengan panggilan WANI SYAZ lebih dikenali ramai. Ramai dikalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz.
Menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza juga adalah salah satu
Tindakan berani Wani syaz sepanjang bergelar anak seni.
“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan
kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai
pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan
kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.”
Tidak terasa perjalanan kerjaya seni Wani Syaz hampir mencecah 8 tahun.
Bermula di tahun 2013 Wani muncul dengan single pertama berjudul - I Cinta Jer , Kemudian meledak dengan lagu
Lepaskan dan Alhamdulillah.
Single duet Wani Syaz bersama Wany Hasrita – SINAR TERINDAH merupakan single pertama Wani berduet dengan artis wanita. Dan lagu ini merupakan ciptaan Wani Syaz sendiri dan lirik dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini Wani hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki sahaja - Lepaskan, Alhamdulillah dan Kembalilah Wani digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan bersama Waris.
16 November 2020 (Isnin) jam 8
malam, secara rasminya single ke 9
(muzik video) Wani Syaz akan dilancarkan di saluran youtube FMC MUSIC.
Kali ini Wani Syaz mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden.
HABIBI – lagu ciptaan dan lirik – DJ FUZZ, AZIQUEBEATS dan WARIS ini merupakan lagu ke – 2 Wani Syaz
digandingkan bersama Waris. Habibi mengisahkan seorang insan yang ingin mencari
teman hidup. Bagi Wani Syaz beliau tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama
begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini
merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vocal Wani.
“Moga – moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada
yang akan kecam Wani. Bagi lah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa
Wani, kalau boleh dimasa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih
berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabar
kemampuan vokal Wani”
Wani berharap Lagu Habibi ini mendapat tonton yang lebih tinggi
berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 Juta Tontonan.
Tweet |
1 comment:
kenapa tak jadi syaz wani je nama dia? hehehe.. nama glamour ek
Post a Comment