Thursday, July 12, 2018

Ziana Zain Sah Bercerai!


12 Julai 2018 bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menjadi saksi kes penceraian penyanyi terkenal tanah air Ziana Zain.

Setelah 20 tahun mereka bersama, Siti Roziana dan Armin Zahrin disahkan bercerai talak 1 pada hari ini dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohktar. 

Kedua-dua mereka tidak lagi tinggal bersama sejak Febuari lalu dan mahkamah percaya tanggungjawab tidak boleh dilaksana serta syiqa' (perbalahan suami isteri dalam perkahwinan) sering berlaku (sebelum ini).

Sementara itu, hak penjagaan anak masih tidak diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah tetapi akan ke Mahkamah Tinggi.

Ziana Zain yang berpakaian serba hitam menagis setelah Armin melafazkan talak 1. Di lihat Anuar Zain turut serta mengiringi "Dengan penceraian ini harapnya dia (bekas suami) dan saya akan lebih mudah hendaknya. Tangisan ini saya tidak boleh tafsirkan untuk apa-apa. Maafkan saya, tak boleh nak berikan komen lanjut" jelas Ziana


Ziana Zain dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat anak, Muhammad Aiman 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Kaseh, 9.

Diharapkan Ziana Zain terus kuat dan redha dengan qada dan qadar ini.

No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com