Penyanyi lagu Misteri, Ernie Zakri mengandaikan dirinya dipergunakan dan berasa kesal dengan sebuah program anjuran stesen radio swasta berkenaan. Status instagram milik Ernie Zakri dimuat naik pada malam semalam mengandaikan bahawa dirinya kecewa kerana sikap tidak profesional mereka terhadap dirinya.
Ernie yang sudah berkecimpung dalam industri muzik selama 8 tahun dan 2 lagu penyanyi wanita meningkat naik tersebut telah diundang khas oleh stesen radio berkenaan yang pada awalnya tidak dimaklumkan kandungan program berkenaan. Tetapi apabila on air mereka ibarat "pak pacak" dan "makcik bawang" untuk bertanya soalan kepada penyanyi lelaki tersebut. Program yang disiarkan selama setengah jam secara langsung di FB itu hanya semata-mata untuk mempromosikan single terbaru penyanyi lelaki tersebut.
Tanpa memberi ruang dan peluang kepada 3 artis wanita itu untuk mempromosikan kerjaya seni mereka itulah adalah sesuatu yang tidak adil. Jika konsep berkenaan ingin diketengahkan, janganlah sampai stesen radio berkenaan mengundang 3 artis wanita tersebut. Sesuaikah? Lebih manis dan sesuai diberikan "makcik bawang" itu kepada wakil wartawan, blogger dan kelab peminat sahaja untuk mengajukan soalan tak begitu?
Artis wanita berkenaan juga sudah memiliki single baru masing-masing iaitu Misteri -Ernie, Bunga - Ara dan Ewah Ewah - Wany Hasrita. Berilah peluang dan ruang untuk mereka bertiga memperdengarkan dan mempromosikan lagu mereka walaupun lagu-lagu mereka kurang dimainkan di stesen radio berkenaan.
Sikap keterbukaan Ernie 26 tahun ini, harus diberi pujian supaya benda-benda seperti ini tidak berulang kembali. Malah sifat Ernie diturut disertai oleh lagi 2 artis wanita berkenaan di media sosial.
Selepas Ernie memuat naik status berkenaan, terdapat ramai artis memberi pandangan dan sokongan kepada beliau. Antaranya Syamel, Adibah Noor, Wany Kayrie, Shiha Zikir dan Naim Daniel.
Malah artis lelaki berkenaan,Haqiem Rusli turut meminta maaf diatas kejadian itu.
Diharap kejadian seperti membodohkan artis dan menjadikan artis pak pacak sedemikian tidak berulang lagi. Malah pihak artis juga perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih program yang ingin disertai supaya anda menampakkan nilai eksklusif dalam industri seni negara.
Tweet |
No comments:
Post a Comment