Piala Juara Liga Super Malaysia tampil dengan dengan reka bentuk baru untuk mewakili era baru dalam bola sepak Malaysia, terutamanya perpindahan ke arah penswastaan menggantikan piala yang telah diperkenalkan sejak 2004. Selain itu, trofi ini menjadi petanda baru aras bola sepak Malaysia dan bakal menjadi inspirasi bagi kesemua 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super.
Upacara sidang media untuk memperkenalkan trofi ini dihadiri Presiden FA Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Tunku Ismail Sulatan Ibrahim mahukan trofi Malaysia mencerminkan hala tuju semasa bola sepak Malaysia.
Trivia trofi Piala Liga Super Malaysia:
- Diperbuat daripada emas tulen, perak dan tembaga
- Dianggarkan nilai sebuah piala ini tidak melebihi RM 200,000 (USD 47,715)
- Direkabentuk dan dihasilkan dengan tangan oleh tukang yang mahir dari tukang emas DiRaja
- Diameter 252mm di bahagian tapak, tinggi 633mm dan berat 20kg
- Nama pemenang tahunan diukir di bahagian bawah belakang trofi
- Logo pasukan juara dipateri dibahagian pusat trofi supaya tampak eksklusif
- Trofi terbaru berkonsepkan futuristik dan elegan
- Warna emas lambang kekuatan dan donimasi buat pasukan yang layak sahaja
Sumber: Goal.com
Tweet |
No comments:
Post a Comment