
"Cinta tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai cinta" - Izzah
"Allah menyayangi orang yang sabar" - Mak Jah
"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - Mila
Itu antara dialog yang ku ingat di dalam filem Ombak Rindu.. Iya ketika ini Demam Ombak Rindu
melanda diri ku.. Pasti ramai sudah tengok dan ramai jugak yang belum
berkesempatan pergi menonton kan? Al maklumla di khabarkan tiket
sentiasa Sold Out! Bayangkan untuk tanyangan pertama sahaja karya Osman Ali diadaptasi sebuah novel tulisan Fauziah Ashari sudah memunggut lebih RM750, 000.. FUUUYOOO!
Di dalam Ombak Rindu ku boleh cakap:
Antara babak romantis.. S U K A!
|
1.Serlahan emosi yang penuh indah... Di mana babak romantis,babak gembira dan babak sedih di adunkan dengan baik sekali.
2. Kejujuran Haris turut dirasai sehingga mata ku berkaca.. Tidak keterlaluan ku katakan yang Aaeon memang layak memegang watak Haris
3. Watak Izzah yang di lakonkan oleh Maya Karin dari kaca mata ku sesuai! Kisah sedih ang dihidangkan tanpa perlu berkata-kata cetusan rasa yang di lontar Izzah secara pandangan mata yang penuh berisi cukup membuktikan segala-galanya.. Cuma apa yang ku sedikit canggung apabila watak Izzah seorang wanita kampung di awal babak macam kurang sediki mungkin sebab cara percakapannya yang bukanlah seperti wanita kampung berkata begitu dan dari sudut ciri-ciri ustazah mengajar kanak-kanak mengaji ku rasa jika dimantapkan dengan adanya denggung dan intonasi yang mendayu memang cantik! Tapi selepas Izzah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur wataknya berkembang dengan baik sampailah hidupnya tersepit.. Ku dapat merasakan kesedihan dari awal sampai akhir.. Tisu pleaseeeeeeeee! huhuhu
4. Mila yang dibawakan oleh Lisa ku boleh cakap baik tapi bukan hebat
5. Dari segi sinematogarafi ku disajikan dengan nilai estika tinggi berlatar belakangkan pantai dan lau yang indah, matahari terbenam serta sawah terbentang luas.. Indah sangat!
6. Filem ini sesuai di tonton oleh remaja, pasangan berkasih dan orang berkeluarga tapi kurang sesuai untuk kanak-kanak pergi menonton...
4.5 / 5 bintang!
bisik buzz: Tak malu ku nak cakap ku
rasa tersentuh dan rasa sebak bila menonton Ombak Rindu! Menangis? ermm
dalam hati je.. huhu
SALAM FUUUYOOO~
Tweet |
23 comments:
x tgok agy >_<
ye ye je wan ni nangis dalam hati...
ke nangis dalam kete...???
hahhahaahah
belum ada kesempatan nak tgok.. ;'(
haha..tunggu version download..
acecee..nanges dlm ati..
cover lettew! :P
hahahaha ntah2 nangis banyak2..kihkihkih..
wahhhhhhhhhh.. layan jugak?hehe..
best kan citer tu? kalau bagi aida la kan,tak cukup 4.5 bintang.. aida kasi berbelas ratus bintang. boleh? hoho.. ^.~
argh..tension tiket sold out!
ahh,gmbr 18sx nie, kuang2
ewah ewah~ ;)
jom tgk lagi wan filem ni....
kompem wan menangis terasyik asyik.
keh3
wah pic 1st sgt la....
xsempat pg tgk lg.. dgr soundtrack je pn da bole sdey2
amboi pic 1st kemain ag ea..hee
esok br nk g tgk cita ni..;p
saya membayangkan izzah,wan,hahahaha
jadi betul dia berlakon
ehe..name kne de pembaharuan wan..
bru nmpak retis sikit..hehe
alaaaaa..jales laaa dh tgk..
they suit to be together in this film :D they looked theirselves nice plus mereka sangat menjiwai watak dan lakonannya..:)
romantik giler.....aaron dirctornye kan...sempoi
xtgk pon lgi..hurmm.
xtgk pon lagi >_<
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html
best! abes cite sume org tepuk tangan bagai :)
Post a Comment