Wednesday, August 07, 2019

Konsert This Is Misha Omar Live di DFP Buat Misha Omar Menagis

Credit: Bobofahad

Seiring usia 18 tahun bergelar penyanyi, pemilik vokal lunak Samiha @ Aishah binti Omar, 37 berjaya memukau khalayak dengan konsert This Is Misha 'Live' at DFP Isnin lepas.

Berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas tampil mempersona dengan untaian lagu malar segar dari hampir kebanyakan album studionya. Misha Omar meluahkan rasa terharu dan bersyukur dirinya masih diterima biarpun dalam era kemunculan ramai penyanyi baru.

Berikut saya kongsikan 5 perkara paling menarik tentang This is Misha:


1) Pemilihan lagu yang BEST!

Dari mula hingga ke akhir persembahan, selama sejam penonton dibuaikan dengan lagu-lagu hits Misha Omar. Sebanyak 11 buah lagu didendangkan antaranya adalah Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Sampai Bila, Semoga Abadi, Jawapanmu, Nafas Cahaya, Dedebu Cinta, Riwayat Cinta dan banyak lagi.

Ternyata seluruh Dewan Filharmonik turut serta menanyi bersama-sama.

2) Artis datang memberi sokongan

Terdapat beberapa orang artis datang demi memberi sokongan kepada Misha Omar antaranya ialah Dato Sheila Majid, Datuk Syafinaz Selamat, Farah Fauzana dan ramai lagi.


3) Ramli MS teraju utama

Pemuzik pada malam itu diterajui oleh Dato Ramli MS. Walaupun beliau hanya orang belakang tabir tetapi ada saja usikkan beliau terhadap Misha Omar dilakukan oleh beliau dan ternyata menghiburkan.

credit: nazahanapi

4) Full house

Kita sedia maklum semasa penjualan tiket lagi tidak sampai 18 jam dibuka, tiket sudah habis terjual. Ternyata semasa malam kejadian Full House. Rata-rata yang hadir memberikan sokongan penuh buat Misha Omar.

credit: jamilahabidin
5) Misha Omar terharu

Boleh dikatakan dari mula hingga akhir persembahan, Misha Omar tersentuh dengan kehadiran para peminatnya. Ada yang datang dari jauh dan ada yang sanggup mengambil cuti demi bersama-sama melihat This Is Misha Omar. Sebak dan bersyukur menyelubungi perasaan penyanyi tersebut sehinggakan ada saat beliau tidak mampu untuk menyanyi kerana perasaan ingin menagis lagi banyak dari menanyi.



No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com