Wednesday, November 07, 2018

8 Perkara Menarik Mengenai Dia Fadila Bakal Buatkan Anda Terkejut!


Penyanyi Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 atau lebih di kenali sebagai Dia Fadila memang tidak asing lagi dalam Gegar Vaganza musim ke-5. Sentiasa mendapat pungutan markah yang terbaik pada setiap minggu malah pada minggu ke-5 beliau menduduki tangga pertama dengan membawakan lagu Menghitung Hari.

Disebalik kemeriahan Konsert Gegar Vaganza musim ke-5 ini, ramai tidak tahu fakta atau perihal disebalik Dia Fadila, syazwanrahman.com bawakan 8 perkara menarik untuk anda peminat Dia Fadila!

1) Dia Fadila "kekwat"

Dia Fadila menggamalkan konsep tidak tegur dengan sesiapa pun, oleh itu orang sekeliling akan beranggapan Dia Fadila seorang artis yang "kekwat". Tetapi hakikatnya itu bukan sikap sebenarnya. Ini hanyalah watak sementara sahaja sebelum melakukan persembahan. Ini bertujuan adalah untuk Dia Fadila memberikan fokus 200% kepada penghayatan lagu dan persembahan yang ingin dinyanyikan. Dia Fadila akan "lock" fikirannya supaya tidak hilang fokus.

2) Tidak akan melihat persembahan sendiri

Sebelum dan selepas persembahan Dia Fadila tidak akan sama sekali melihat aksi persembahan bintang Gegar Vaganza yang lain. Bukan sahaja itu malah Dia Fadila juga tidak akan melihat semula rakaman aksi persembahannya sendiri. Beliau beranggapan yang berlalu biarlah berlalu dan terus fokus untuk tugasan seterusnya. Pelik bukan? tetapi itulah rialiti daripada penyanyi lagu Andai.

3) Makan 4 jam sebelum konsert

Mengambil langkah makan 4 jam sebelum persembahan bermula. Ini adalah prinsip dan amalan Dia Fadila untuk mendapatkan mutu vokal yang baik dan persembahan yang sempurna. Tetapi selepas habis konsert beliau akan melilau mencari makanan kerana lapar. Comel!


5) Anak-anak tidak menonton aksi ibunya di TV

Sepanjang konsert Gegar Vaganza setiap hari Ahad, anak Dia Fadila iaitu Qaseh Dhiya, 8 dan Chinta Qadisa, 5 akan dijaga oleh ibu Dia dan mereka juga tidak akan melihat persembahan mommy nya.


6) Idea sendiri

Bercakap mengenai konsep persembahan dan penasihat vokal pada setiap minggu, Dia Fadila memilih untuk melakukan dengan sendiri sahaja. Kiranya idea yang kita semua lihat pada setiap minggu itu memang dari cetusannya sendiri. Melainkan dari segi stylist, Dia Fadila menyerahkan kepada Fatimah and team.

7) Memiliki photographer dan videographer peribadi

Sepanjang Dia Fadila di Gegar Vaganza, semua memori indah akan di rakamkan oleh Goclickpictures. Mereka akan memaparkan detik-detik dibelakang belakang tabir, sebelum, semasa dan selepas konsert, sesi bertemu peminat Dialovas dan banyak lagi. Semua rakaman itu akan dimuat naik di laman sesawang You Tube milik Dia Fadila. Bolehlah tengok di sana ya.


8) Lagu Hurt menjadi pilihan

Jika diberi pilihan, Dia Fadila memilih lagu Hurt daripada Christina Aguilera untuk dinyanyikan pada Konsert Akhir Gegar Vaganza,. Moga permintaan Dia ditunaikan oleh pihak produksi.

Selangkah lagi menuju ke Konsert Akhir Gegar Vaganza, di harapkan Dia Fadila terus memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat tempat di hati juri profesional. Sama-sama kita doakan.




I Don't Want Miss Thing & Pematah Hati menjadi taruhan Dia Fadila di minggu separuh akhir. All The Best!


Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com