Monday, April 02, 2018

'MISTERI' Cinta Ernie Zakri


Juara Bintang RTM 2009 dan Juara Duo Star pertama anjuran Astro ini mula mendapat perhatian sejurus menempah nama sebagai pemenang Vokal Terbaik bersama rakan duetnya Syamel, membuatkan dia kian digilai. Kehebatan penyanyi Ernie Zakri di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) lalu membuka mata ramai pihak yang menidakkan bakatnya selama sembilan tahun dalam bidang nyanyian.
Single duetnya ‘Aku Cinta’ pada AJL 32 ternyata menjadi hit serta merta dan sering dimainkan di corong-corong radio muzik tempatan serta menjadi siulan anak-anak muda di luar sana dengan tontonan melebihi 11 juta di laman sesawang YouTube.
Penyanyi muda wanita yang sedang meningkat naik Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, atau lebih mesra dengan panggilan Ernie Zakri bakal menggegarkan industri hiburan tanah air sekali lagi setelah kejayaan di luar jangkaan single duet bersama Syamel ‘Aku Cinta’.

Kelab peminat Ernie: Ernienators
Untuk Meet and Greet (M&G) yang dianjurkan oleh Ernie Zakri untuk peminatnya yang dikenali sebagai Ernienators di Bukit Kiara Resort ini sebagai tanda terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bagi terhadapnya selama ini. Ernie tidak menyangka bahawa sambutan M&G ini walaupun dilakukan secara bersederhana tetapi meriah dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada lebih 100 orang peminatnya yang hadir.


Artis naugan FMC Music yang popular dengan lagu Jangan Marah, berasa teruja di hadapan peminatnya kerana bakal melancarkan single terbarunya bertajuk ‘Misteri’. Ernie Zakri tampil dengan lebih yakin dalam edisi terbaharu berjudul ‘Misteri’ hasil ciptaan Gouffran dan Sang Hitam. Beliau turut berkolaborasi bersama Lee Sze Wan sebagai produser untuk lagu tersebut.
Tajuk Misteri dipilih di atas persetujuan bersama penulis lirik, komposer dan juga Ernie sendiri. Beliau mengambil masa selama setahun untuk menyelesaikan proses rakaman tersebut. Ernie memilih genre pop balada yang sememangnya sesuai dengan kemantapan vokal serta kehebatan dinamik vokal beliau yang telah pun diakui mempunyai kekuatan tersendiri.

Gouffran dan Sang Hitam merupakan komposer dan penulis lirik untuk lagu Misteri

Istimewanya, lagu ini adalah pada susunan muzik, penyampaian mesej dalam lagu dan juga mutu vokal. Misteri berkisarkan mengenai suara ataupun kata hati yang tidak baik. Suara hati yang memaksa untuk melakukan sesuatu perkara negatif dan sekaligus menguasai kehidupan seharian kita.
Single terbarunya ini bakal muncvul dengan muzik video lagi 2 minggu sahaja lagi. Malah sekarang anda boleh didengar tanpa henti secara digital di iTunes dan semua aplikasi streaming muzik. Single kedua ini sangat penting buat Ernie Zakri kerana 'Misteri' merupakan titik kesinambungan terhadap kerjaya beliau sebagai penyanyi.


Disini saya hadiahkan persembahan secara live buat pertama kalinya Ernie Zakri menyanyi bertajuk Misteri.



4 comments:

belle said...

Thank you wan.... 🤗🤗🤗

Unknown said...

Erni zakri terbaik..

Unknown said...

Erni zakri terbaik..

Unknown said...

Erni zakri terbaik..

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com