Saturday, January 29, 2011

FUUUYOOO... CARTA LAGU MR.WAN

Sedetik Lebih- Anuar Zain

Sedetik Lebih membawakan irama balada, garapan kisah cinta suka duka seorang nahoda gagah di dalam filem Merong Mahawangsa yang bakal di tayangkan pada Mac 2011.. Lagunya sangat best ok!..




Awan Nano - Hafiz


Single terbaru Hafiz, walaupun lagu ini da lama sebenarnya terperap dalam albumnya tapi lepas Noktah Cinta, lagu ini di taruhkan kepada pendengar.. Tak dapat di nafikan lagu ini antara lagu terbaik Hafiz.. Mana taknya ciptaan sifu M.Nasir dan Buddhi Hikayat kot.. Seiyes lagu ini tidak bohsan di dengar walaupun sudah beberapa kali ku dengar.. Lirik dia pun boleh tahan panjangnya.. Jalan cerita dalam video clip ini pun menarik..




Seribu Sesalan - Ning, Jac & Shila


Lagu yang di muatkan dalam album 3 Suara gandingan Jac, Ning dan Shila memang superb! habis wa cakap lu.. Mutu vokal antara ketiga-tiga penyanyi ini juga amat terpersona dibuatnya.. Boleh dikatakan lagu tangkap lentok.. seiyes best beb!..


Menari Dalam Hujan - Ning, Jac & Shila

Lagu rancak dari Ning, Jac dan Shila ini antara lagu kegemaran ku dalam album 3 Suara.. Seiyes lagu ini sangat segar dan mudah untuk diterima.. Hope next single lagu ini akan di dengarkan di corong-corong radio buat tatapan pendengar muzik tanah air... Cewah ayat..


Di Mana Di Mana - Ning, Jac & Shila

Single pertama yang anda dengar di radio trio 3 artis Ning, Jac dan Shila.. Amacam bestkan? suka part "kamu kamu kamu".. haha.. Lagu bercirikan R&B ini amat best sekali paduan 3 suara itu sudah cukup memberi kepuasan kepada ku untuk mendengarkannya banyak kali.. Sesiapa tak dengar lagi lagu ini.. Ini petikan rakaman di muzik-muzik tempoh hari.. Dengarkan versi Live kot..





Sahabat Selamanya -Padi

Lagu yang sangat menarik.. Menyelitkan message kepada pendengar melalui lagu ini.. Lagu ini di buat untuk filem Upin dan Ipin yang akan datang.. Liriknya yang simple dan mudah dinyanyikan sesuai sangat "sahabat untuk selamanya untuk setia".. Terdengar jugak suara-suara comel daripada Upin dan Ipin dalam lagu ini.. tomey.. hehe.. Menurut Piyu sebagai pencipta lagu ini, lagu ini berisikan perdamaian untuk Malaysia dan Indonesia.. Lagu untuk meredakan perseteruan Indonesia-Malaysia yang akhir-akhir ini kembali memanas katanya..





Leia - Black

Single seterusnya yang Black pertaruhkan selepas Sofea Jane adalah Leia...Lagu ini agak rancak tapi ternyata best.. Tapi seiyes sampai saat ini ku susah nak hafal lirik dia.. Mungkin laju sangat kot.. huhu





Ya Ya Ya - T-ara

Macam mana ku boleh tersuka dengan lagu korea ni ku pun tak tahu.. haha tapi seiyes video clip dia comel gile... Lagu dia pun little bit catchy yang ku ingat ya ya ya.. haha.. Sesuai untuk berjoget.. Yeehak!





We R Who We R - Kesha

Lagu nyanyian Kesha ini simple je kot.. Berentak rancak kalau dengar tak goyang bahu dan kepala tak sah lah kan.. hehe.. Ku suka part ala-ala Kesha cakap gagap tu smart kot.. haha.. Kalau korang rajin sikit tengok pada 0.34 wow! mantap.. hahaha..





Happy Birthday

Terakhir sekali, seharusnya bulan Januari paling banyak ku dengar orang nyanyi untuk ku dan ku nyanyi untuk orang.. Al maklumlah bulan ni je Hari Ulang Tahun ku, Ulang Tahun Kakak Ipar ku dan Ulang Tahun Ayahanda so ku trio katakan.. So lagu Happy Birthday memang banyak ku dengar pada bulan ini..






bisik buzz: Carta lagu ku ini sepanjang Januari yang ku biasa dengar dan nyanyikan je untuk di kongsikan bersama.. Untuk lagu pilihan anda pula yang ye?? Jom kongsikan bersama.. (^_^)

SALAM FUUUYOOO~






30 comments:

  1. Lagu besday untuk saye nanti jangan lupe nyanyi ye adinda wan.. Heeee.. :p

    Dua first tu memang best!! Terbaek!! :)

    ReplyDelete
  2. wah... mlm nie lepak lama skit kt sini.. nk dengar satu2 lg..:)

    ReplyDelete
  3. tau 2 lagu je, awan nano & lagu anuar zain tu..

    ReplyDelete
  4. lagu sedetik lebih memg terlalu amat sangat besh!

    ReplyDelete
  5. hehe.. aida pun suka lagu sedetik lebih-anuar zain.. feeling habis! ;D

    ReplyDelete
  6. sy nk vote lagu sedetik lebih anuar zain. best2!
    err, ada vote ke? hehe! =PP

    ReplyDelete
  7. lagu trio tu xpenah pun. menarik la jugak. hehe. :)

    ReplyDelete
  8. superb best lagu trio tuh..

    sokong sgt2 lagu hafiz,, bestt~!~!!

    ReplyDelete
  9. nampak biasa2 jer lagu tu,,,
    still sukakan lagu zaman rock kapak

    ReplyDelete
  10. eh, pesal lagu gue xtersenarai..
    eehheee

    ReplyDelete
  11. wow ..
    lagu yang memang sedap o0o !
    i likeeee ..
    =)

    ReplyDelete
  12. xpenah dgr kesemuanya.
















    kecuali heppy bedday tu je mekekkekek

    ReplyDelete
  13. niesz suke lagu menari dlm ujan tu..best2!hehehe..ngn yg last tu..kucing tu sgt comel!

    updated entry : sendiri punya sendiri jaga

    ReplyDelete
  14. sume lgu nie x pnh lg dengar....nak dgr kt sini la..hehe

    ReplyDelete
  15. org laki pom dgr lagu korea eh??

    ReplyDelete
  16. nak sedetik lebih satuuuuu...
    huuuuu :)

    ReplyDelete
  17. i like...
    eh aritu terjumpa anuar zain kat ikea..
    hehe
    xD

    ReplyDelete
  18. suke sedetik lebih, beribu sesalan, dimana dimana & awan nano

    ReplyDelete
  19. cm tau-tau je tgh cari lagu baru utk donlod..

    nanti nak try donlod la lagu2 neh

    promote lagi! promote lagi!

    ReplyDelete
  20. haha,
    lagu besday pun masuk carta sekali ek?
    aku paling ske lagu anuar zain tu, bestnye, tak sabar nak tgk merong hehe

    ReplyDelete
  21. layan lagu2 di atas.

    well, happy birthday to those yg celebrate birthday!!!:D may God blessed them.

    ReplyDelete
  22. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    lagu sahabat selamanya padi tu sedap plak dengar.... best dah 2 kali ulang tau... simple tapi amat menarikkkkk

    ReplyDelete
  23. semua best !!.. siok2x

    thanks share >.<

    ReplyDelete
  24. sedetik lebih dan awan nano mmg best... cinta matiku pun best.. hehe..

    ReplyDelete
  25. saya suka lagu hepi besday si kucing comel ! hahahah terasa hepi je walaupun bukan besday kite . kehkehkeh :)

    ReplyDelete